Anak murid saya, Athirah selalu tidak hadir ke sekolah..
Dia selalu tidak sihat..kadang- kadang diserang sawan di sekolah..
Kasihan Athirah.
Menurut ibunya, Athirah tidak mahu belajar di kelas aliran perdana dan hanya mahu belajar sepenuh masa di Kelas Permata sekiranya hadir ke sekolah.
Sejak Isnin Athirah tidak muncul- muncul.
Bila Athirah tak datang, saya hanya berdua sahaja di dalam kelas semasa mengajar Tahun 2 bersama seorang lagi murid iaitu Azlan.
Kedua- duanya mempelajari kemahiran yang sama iaitu kv+kv.
Pada hari ini, barulah Athirah hadir ke sekolah, diiringi oleh ibunya.
Semasa kelas Bahasa Melayu pagi tadi, saya mengambil masa hampir 20 minit untuk set induksi sahaja supaya Athirah ceria.
Kami menyanyi sambil bertepuk tangan, menyanyi sambil bergerak di dalam kelas, saya juga mengambil gambar dan saya katakan kepada mereka yang gambar tersebut akan saya jadikan 'puzzle' yang akan mereka main di komputer selepas sesi p& p hari ini.
Akhirnya umpan mengena..Athirah kembali senyum dan aktif.
Beliau tersenyum selepas saya menangkap gambar mereka.
Mereka berjaya mengeja kesemua 10 perkataan kv+kv yang saya ajar pada hari ini.
Rasanya objektif tidak akan tercapai tanpa set induksi yang betul- betul mengambil masa yang panjang hari ini kerana Athirah agak 'moody'.
Gambar ini telah saya jadikan menggunakan perisian percuma Jigsaw Puzzle Grey Olttwit's dan murid- murid saya perlu menggunakan mouse untuk menggerakkan puzzle yang saya paparkan pada skrin LCD.
Apabila tamat sesi p & p, Athirah kembali murung apabila saya katakan masa sudah tamat.
Athirah menarik tudung dan mengesat air mata yang mula mengalir.