Wednesday, July 15, 2009

Jigsaw Puzzle Software

Anak murid saya, Athirah selalu tidak hadir ke sekolah..
Dia selalu tidak sihat..kadang- kadang diserang sawan di sekolah..
Kasihan Athirah.
Menurut ibunya, Athirah tidak mahu belajar di kelas aliran perdana dan hanya mahu belajar sepenuh masa di Kelas Permata sekiranya hadir ke sekolah.

Sejak Isnin Athirah tidak muncul- muncul.
Bila Athirah tak datang, saya hanya berdua sahaja di dalam kelas semasa mengajar Tahun 2 bersama seorang lagi murid iaitu Azlan.
Kedua- duanya mempelajari kemahiran yang sama iaitu kv+kv.

Pada hari ini, barulah Athirah hadir ke sekolah, diiringi oleh ibunya.
Semasa kelas Bahasa Melayu pagi tadi, saya mengambil masa hampir 20 minit untuk set induksi sahaja supaya Athirah ceria.

Kami menyanyi sambil bertepuk tangan, menyanyi sambil bergerak di dalam kelas, saya juga mengambil gambar dan saya katakan kepada mereka yang gambar tersebut akan saya jadikan 'puzzle' yang akan mereka main di komputer selepas sesi p& p hari ini.

Akhirnya umpan mengena..Athirah kembali senyum dan aktif.

Beliau tersenyum selepas saya menangkap gambar mereka.
Mereka berjaya mengeja kesemua 10 perkataan kv+kv yang saya ajar pada hari ini.
Rasanya objektif tidak akan tercapai tanpa set induksi yang betul- betul mengambil masa yang panjang hari ini kerana Athirah agak 'moody'.

Gambar ini telah saya jadikan menggunakan perisian percuma Jigsaw Puzzle Grey Olttwit's dan murid- murid saya perlu menggunakan mouse untuk menggerakkan puzzle yang saya paparkan pada skrin LCD.

Apabila tamat sesi p & p, Athirah kembali murung apabila saya katakan masa sudah tamat.
Athirah menarik tudung dan mengesat air mata yang mula mengalir.


5 comments:

azhariahzuber said...

sian athirah....may be ko leh guna tarikan yg ada pada ko untuk memujuk dia masuk ke kelas biasa...sian dia

Cikgu Ili said...

Azza,
Aku tak dapat control bila Cikgu lain marah dia.So how?

Cikgu ah said...

kasihannya dgn Athirah.. harap Cikgu Ili kuatkan hati. Memang mencabar bila berhadapan situasi murid begini..Apa yg paling disukai Athirah? Contohnya kalau dia datang satu hari, dia akn dpt satu coklat, dua dan seterusnya. Kalau dia mahu belajar sepenuh masa di kelas permata. Turuti sahaja kemahuannya untuk 1-2minggu. Tetapi, Cikgu Ili perlu guna psikologi.Biar dia rasa selesa dgn aliran perdana. Tidak takut-takut.Sentiasa pujuk dan beri suntikan motivasi dr semasa ke semasa.Insya-Allah, sekadar pendapat dan harap dapat membantu Cikgu Ili.

ustazah dyLLa said...

sy laa yg slalu marah dia kan???...well...bile brada diclas perdana, dia xmasuk class sy tanpa sbb, adakah sy memerlukan teknik memujuk???

azhariahzuber said...

discuss dgn cikgu lain ili..dlm pendidikan kan belaja psikologi..kalau budak tak pandai sering dimarah, lelama dia akan rasa down..bila down dia akan buat perkara2 yg nakal mcm ponteng sekolah..dan kemudian melarat pergi benda lain...