Friday, January 22, 2010

Cikgu Ili kembali menulis..


Salam semua..
Salam 2010.


Ini ialah entry pertama Cikgu Ili untuk tahun 2010.

Tahun ni Kelas Permata SK Tanjong Bidara hanya mempunyai 4 orang murid sahaja.

Mungkin ramai yang akan berkata..

"Wah..senanglah ada 4 orang je."

Hakikatnya, jumlah murid yang sedikit inilah yang paling mencabar dalam sejarah 3 tahun Cikgu Ili mengajar Kelas Permata.

Kenapa?

Nantikan jawapannya dalam tulisan Cikgu Ili yang akan datang.

:)

Wednesday, July 15, 2009

Jigsaw Puzzle Software

Anak murid saya, Athirah selalu tidak hadir ke sekolah..
Dia selalu tidak sihat..kadang- kadang diserang sawan di sekolah..
Kasihan Athirah.
Menurut ibunya, Athirah tidak mahu belajar di kelas aliran perdana dan hanya mahu belajar sepenuh masa di Kelas Permata sekiranya hadir ke sekolah.

Sejak Isnin Athirah tidak muncul- muncul.
Bila Athirah tak datang, saya hanya berdua sahaja di dalam kelas semasa mengajar Tahun 2 bersama seorang lagi murid iaitu Azlan.
Kedua- duanya mempelajari kemahiran yang sama iaitu kv+kv.

Pada hari ini, barulah Athirah hadir ke sekolah, diiringi oleh ibunya.
Semasa kelas Bahasa Melayu pagi tadi, saya mengambil masa hampir 20 minit untuk set induksi sahaja supaya Athirah ceria.

Kami menyanyi sambil bertepuk tangan, menyanyi sambil bergerak di dalam kelas, saya juga mengambil gambar dan saya katakan kepada mereka yang gambar tersebut akan saya jadikan 'puzzle' yang akan mereka main di komputer selepas sesi p& p hari ini.

Akhirnya umpan mengena..Athirah kembali senyum dan aktif.

Beliau tersenyum selepas saya menangkap gambar mereka.
Mereka berjaya mengeja kesemua 10 perkataan kv+kv yang saya ajar pada hari ini.
Rasanya objektif tidak akan tercapai tanpa set induksi yang betul- betul mengambil masa yang panjang hari ini kerana Athirah agak 'moody'.

Gambar ini telah saya jadikan menggunakan perisian percuma Jigsaw Puzzle Grey Olttwit's dan murid- murid saya perlu menggunakan mouse untuk menggerakkan puzzle yang saya paparkan pada skrin LCD.

Apabila tamat sesi p & p, Athirah kembali murung apabila saya katakan masa sudah tamat.
Athirah menarik tudung dan mengesat air mata yang mula mengalir.


Friday, June 19, 2009

Keliru

Hari ni saya tak pasti siapa sebenarnya yang keliru.
Adakah saya atau murid saya?
Saya meminta Azlin membina 5 ayat.
Memang sudah saya jangkakan kesalahan- kesalahan biasa yang Azlin biasa lakukan iaitu kesilapan penggunaan huruf b dan d dalam perkataan.
Tetapi, hari ini..sebaliknya berlaku:
Spot the mistakes, ok?Please click to enlarge the image.


Ini lah kesalahan yang saya kelirukan..iaitu dan bertukar menjadi and.

Owhhhh anak murid saya ni kacukan Mat Saleh agaknya.:)






Friday, May 29, 2009

Kunjungan

Baru- baru ini, warga SKTB menerima kunjungan daripada Kelas Pendidikan Khas SK Gangga, Beruas.
6 orang guru dan 20 orang murid telah "mencemar duli" dengan singgah ke Kelas Permata kami. (Tanpa disangka salah seorang cikgu tu kawan saya ;), Cikgu Rahman, namanya )


Walaupun sudah 4 hari berlalu, saya masih teringatkan wajah- wajah anak- anak Pendidikan Khas.Sekali pandang, mereka kelihatan normal, tapi sebenarnya mereka OKU.


Saya teringat pada anak- anak Kelas Permata saya, mereka juga sama! Mereka kelihatan normal, tapi...(sebenar
nya saya merasakan hanya seorang daripada 8 orang murid saya sahaja yang sebenarnya sesuai untuk pendidikan pemulihan manakala yang lainnya..Pendidikan Khas..mungkin?

Saya menyedari betapa sukarnya untuk pasangan ibu bapa menerima hakikat bahawa anak- anak mereka sebenarnya terkategori sebagai OKU kerana saya juga seorang ibu.

Terselit rasa kagum di dalam hati kecil saya kepada ibu bapa yang dapat menerima takdir yang diberi oleh Yang Maha Kuasa itu dan mengambil langkah yang pada saya adil kepada anak- anak istimewa
tersebut dengan memasukkan mereka ke Kelas Pendidikan Khas.

Untuk pengetahuan semua, adik saya juga seorang OKU dan telah mendapat Pendidikan Khas, dan kini beliau telah pandai menguruskan diri. Alhamdulillah....

Murid- murid Permata saya juga khabarnya sudah ada yang enggan belajar di kelas arus perdana sedangkan di dalam kelas saya, mereka sangat
rajin belajar.

Inilah yang terjadi apabila mereka sudah tidak dapat mencapai tahap itu kerana mereka sebenarnya lebih sesuai ditempatkan di dalam Pendidikan Khas. Kasihan mereka..


Sebagai guru pemulihan, sudah pasti saya tidak akan membiarkan mereka terus terabai, saya akan pastikan mereka berjaya menguasai 3M juga.


Tiada yang mustahil dengan usaha + doa , bukan?


Opsss...inilah gambar- gambar semasa lawatan tersebut.
Kelas saya kecil sahaja, saiznya tidak sampai 1.5 bay dan terletak di dalam bangunan kayu tapi bagi saya ini pun sudah ok daripada tiada langsung.


Kami masih lagi menggunakan papan hitam- jangan terkejut, ya.



Crowded.



Sudut pengamatan.

Tuesday, May 19, 2009

Pemulihan Khas & Pendidikan Khas

Tidak dapat dinafikan, ramai yang tersalah anggap tentang pemulihan khas dan pendidikan khas.
Saya mengatakan sedemikian kerana seringkali saya berjumpa dengan golongan yang tersalah anggapan ini.
Sekali dengar dan sekali pandang, sememangnya saya jugak tidak dinafikan yang ejaan dan bunyinya lebih kurang sama.

Perbezaan yang paling ketara ialah murid pemulihan khas ialah murid normal yang menghadapi kesulitan pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira(3M).Murid- murid ini tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan sebaya mereka.Murid pemulihan khas akan datang ke kelas pemulihan khas ketika masa pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk mempelajari mata pelajaran lain.

Murid pendidikan khas pula ialah murid OKU yang telah mendapat pengesahan daripada doktor dan diberikan elaun.Murid- murid ini juga belajar sepenuh masa di kelas pendidikan khas.

Setiap insan itu istimewa, tidak kira siapa pun murid- murid kita, mereka berhak mendapat pendidikan yang terbaik demi masa depan mereka.


Monday, May 18, 2009

Hari Guru & Permata


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan kejayaan 'permata hati' yang dapat membaca, menulis dan mengira.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru~

Selamat Hari Guru kepada semua...
Pagi ini saya dan guru- guru daripada SKTB, SKRC dan SKTPR menghadiri kursus PKJR untuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).
Semangat rasanya bila menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia beramai- ramai.


Ini antara gambar semasa kami menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.

Pernah membaca buku- buku di bawah ini? Jika belum, silakan..with fully recommendation from me..


Kata- kata ini saya petik daripada buku Cerita- cerita motivasi untuk guru:

"If you want enjoy and be happy for a day, organize a party,
If you want enjoy and be happy for a week, go for a vacation,
If you want enjoy and be happy for a year, grow a garden,
If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop a human beings"

Indah, bukan???