Friday, May 29, 2009

Kunjungan

Baru- baru ini, warga SKTB menerima kunjungan daripada Kelas Pendidikan Khas SK Gangga, Beruas.
6 orang guru dan 20 orang murid telah "mencemar duli" dengan singgah ke Kelas Permata kami. (Tanpa disangka salah seorang cikgu tu kawan saya ;), Cikgu Rahman, namanya )


Walaupun sudah 4 hari berlalu, saya masih teringatkan wajah- wajah anak- anak Pendidikan Khas.Sekali pandang, mereka kelihatan normal, tapi sebenarnya mereka OKU.


Saya teringat pada anak- anak Kelas Permata saya, mereka juga sama! Mereka kelihatan normal, tapi...(sebenar
nya saya merasakan hanya seorang daripada 8 orang murid saya sahaja yang sebenarnya sesuai untuk pendidikan pemulihan manakala yang lainnya..Pendidikan Khas..mungkin?

Saya menyedari betapa sukarnya untuk pasangan ibu bapa menerima hakikat bahawa anak- anak mereka sebenarnya terkategori sebagai OKU kerana saya juga seorang ibu.

Terselit rasa kagum di dalam hati kecil saya kepada ibu bapa yang dapat menerima takdir yang diberi oleh Yang Maha Kuasa itu dan mengambil langkah yang pada saya adil kepada anak- anak istimewa
tersebut dengan memasukkan mereka ke Kelas Pendidikan Khas.

Untuk pengetahuan semua, adik saya juga seorang OKU dan telah mendapat Pendidikan Khas, dan kini beliau telah pandai menguruskan diri. Alhamdulillah....

Murid- murid Permata saya juga khabarnya sudah ada yang enggan belajar di kelas arus perdana sedangkan di dalam kelas saya, mereka sangat
rajin belajar.

Inilah yang terjadi apabila mereka sudah tidak dapat mencapai tahap itu kerana mereka sebenarnya lebih sesuai ditempatkan di dalam Pendidikan Khas. Kasihan mereka..


Sebagai guru pemulihan, sudah pasti saya tidak akan membiarkan mereka terus terabai, saya akan pastikan mereka berjaya menguasai 3M juga.


Tiada yang mustahil dengan usaha + doa , bukan?


Opsss...inilah gambar- gambar semasa lawatan tersebut.
Kelas saya kecil sahaja, saiznya tidak sampai 1.5 bay dan terletak di dalam bangunan kayu tapi bagi saya ini pun sudah ok daripada tiada langsung.


Kami masih lagi menggunakan papan hitam- jangan terkejut, ya.



Crowded.



Sudut pengamatan.

Tuesday, May 19, 2009

Pemulihan Khas & Pendidikan Khas

Tidak dapat dinafikan, ramai yang tersalah anggap tentang pemulihan khas dan pendidikan khas.
Saya mengatakan sedemikian kerana seringkali saya berjumpa dengan golongan yang tersalah anggapan ini.
Sekali dengar dan sekali pandang, sememangnya saya jugak tidak dinafikan yang ejaan dan bunyinya lebih kurang sama.

Perbezaan yang paling ketara ialah murid pemulihan khas ialah murid normal yang menghadapi kesulitan pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira(3M).Murid- murid ini tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan sebaya mereka.Murid pemulihan khas akan datang ke kelas pemulihan khas ketika masa pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk mempelajari mata pelajaran lain.

Murid pendidikan khas pula ialah murid OKU yang telah mendapat pengesahan daripada doktor dan diberikan elaun.Murid- murid ini juga belajar sepenuh masa di kelas pendidikan khas.

Setiap insan itu istimewa, tidak kira siapa pun murid- murid kita, mereka berhak mendapat pendidikan yang terbaik demi masa depan mereka.


Monday, May 18, 2009

Hari Guru & Permata


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com




Tiada hadiah yang lebih bermakna melainkan kejayaan 'permata hati' yang dapat membaca, menulis dan mengira.

Friday, May 15, 2009

Selamat Hari Guru~

Selamat Hari Guru kepada semua...
Pagi ini saya dan guru- guru daripada SKTB, SKRC dan SKTPR menghadiri kursus PKJR untuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP).
Semangat rasanya bila menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia beramai- ramai.


Ini antara gambar semasa kami menyanyikan lagu Kami Guru Malaysia.

Pernah membaca buku- buku di bawah ini? Jika belum, silakan..with fully recommendation from me..


Kata- kata ini saya petik daripada buku Cerita- cerita motivasi untuk guru:

"If you want enjoy and be happy for a day, organize a party,
If you want enjoy and be happy for a week, go for a vacation,
If you want enjoy and be happy for a year, grow a garden,
If you want enjoy and be happy for a lifetime, develop a human beings"

Indah, bukan???

Welcome

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Blog ini dibina untuk berkongsi dengan anda semua tentang suka duka kehidupan saya sebagai seorang guru Pemulihan Khas di KELAS PERMATA Sekolah Kebangsaan Tanjong Bidara.

3 Mei 2009, genap 2 tahun karier saya sebagai seorang guru, iaitu guru pemulihan khas.

Jom berkenalan dengan anak- anak pemulihan khas kesayangan saya..:)