Friday, May 29, 2009

Kunjungan

Baru- baru ini, warga SKTB menerima kunjungan daripada Kelas Pendidikan Khas SK Gangga, Beruas.
6 orang guru dan 20 orang murid telah "mencemar duli" dengan singgah ke Kelas Permata kami. (Tanpa disangka salah seorang cikgu tu kawan saya ;), Cikgu Rahman, namanya )


Walaupun sudah 4 hari berlalu, saya masih teringatkan wajah- wajah anak- anak Pendidikan Khas.Sekali pandang, mereka kelihatan normal, tapi sebenarnya mereka OKU.


Saya teringat pada anak- anak Kelas Permata saya, mereka juga sama! Mereka kelihatan normal, tapi...(sebenar
nya saya merasakan hanya seorang daripada 8 orang murid saya sahaja yang sebenarnya sesuai untuk pendidikan pemulihan manakala yang lainnya..Pendidikan Khas..mungkin?

Saya menyedari betapa sukarnya untuk pasangan ibu bapa menerima hakikat bahawa anak- anak mereka sebenarnya terkategori sebagai OKU kerana saya juga seorang ibu.

Terselit rasa kagum di dalam hati kecil saya kepada ibu bapa yang dapat menerima takdir yang diberi oleh Yang Maha Kuasa itu dan mengambil langkah yang pada saya adil kepada anak- anak istimewa
tersebut dengan memasukkan mereka ke Kelas Pendidikan Khas.

Untuk pengetahuan semua, adik saya juga seorang OKU dan telah mendapat Pendidikan Khas, dan kini beliau telah pandai menguruskan diri. Alhamdulillah....

Murid- murid Permata saya juga khabarnya sudah ada yang enggan belajar di kelas arus perdana sedangkan di dalam kelas saya, mereka sangat
rajin belajar.

Inilah yang terjadi apabila mereka sudah tidak dapat mencapai tahap itu kerana mereka sebenarnya lebih sesuai ditempatkan di dalam Pendidikan Khas. Kasihan mereka..


Sebagai guru pemulihan, sudah pasti saya tidak akan membiarkan mereka terus terabai, saya akan pastikan mereka berjaya menguasai 3M juga.


Tiada yang mustahil dengan usaha + doa , bukan?


Opsss...inilah gambar- gambar semasa lawatan tersebut.
Kelas saya kecil sahaja, saiznya tidak sampai 1.5 bay dan terletak di dalam bangunan kayu tapi bagi saya ini pun sudah ok daripada tiada langsung.


Kami masih lagi menggunakan papan hitam- jangan terkejut, ya.



Crowded.



Sudut pengamatan.

4 comments:

alfa juliet said...

ili, sekolah aku pun masih ada kelas yg pakai papan hitam..tidak ada apa yg mengejutkan...melainkan ko di sekolah private, memang terkejut lah kan..hehehe....budak2 pendidikan khas tak pernah buat aku marah...ohhhhh rindu untuk mengajar mereka...mak aku suh masuk kusus pendidikan khas..tapi ko tau la, aku ni malas belaja..hehehe

icham said...

ili, teruskan usaha mendidik anak bangsa.. aku bangga dgn korang (cikgu2 yg bersemangat pendidik).. walaupun aku tak dapat join korang, tp aku akan cuba memahami perasaan warga pendidik...

a.z.n.e.e said...

caiyok! caiyok!
dalam pendidikan tiada method yg salah.. walaupun tulis atas batu sekali pun... janji anak murid faham...

Cikgu Ili said...

Azza, terkejut ni..sekolah bandar pun ada pakai papan hitam lagi?

Icham,
Ibu bapa pun pendidik jugak..

Jonny,
Betul tu Jonny..kalau caranya betul..tulis atas pasir pun boleh mengajar kan.