Tuesday, May 19, 2009

Pemulihan Khas & Pendidikan Khas

Tidak dapat dinafikan, ramai yang tersalah anggap tentang pemulihan khas dan pendidikan khas.
Saya mengatakan sedemikian kerana seringkali saya berjumpa dengan golongan yang tersalah anggapan ini.
Sekali dengar dan sekali pandang, sememangnya saya jugak tidak dinafikan yang ejaan dan bunyinya lebih kurang sama.

Perbezaan yang paling ketara ialah murid pemulihan khas ialah murid normal yang menghadapi kesulitan pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira(3M).Murid- murid ini tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan sebaya mereka.Murid pemulihan khas akan datang ke kelas pemulihan khas ketika masa pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk mempelajari mata pelajaran lain.

Murid pendidikan khas pula ialah murid OKU yang telah mendapat pengesahan daripada doktor dan diberikan elaun.Murid- murid ini juga belajar sepenuh masa di kelas pendidikan khas.

Setiap insan itu istimewa, tidak kira siapa pun murid- murid kita, mereka berhak mendapat pendidikan yang terbaik demi masa depan mereka.


4 comments:

a.z.n.e.e said...

a'ah.. ramai org tersalah atau termix kedua2nye..

lagi satu, mmg xdinafikan ramai parents yg xboleh atau sukar menerima kelemahan atau kekurangan anak dia... aku pun takut jugak nk komen bab2 ni.. sbb mcm peribadi sket... tapi kdg2 aku kesian balik kat budak2 nih sendiri sbb dia berhak mendapat pendidikan yg sepatutnye atau sesuai dgn kemampuan dia sendiri.. ya, paling kurang ilmu utk dia menguruskan diri dia sendiri... bukan setakat tau membaca sahaja..

member aku, anak sedaranya ada masalah rabun yg teruk.. consider OKU la,.. atas support keluarga dan adik beradik mak dia setuju hantar dia masuk hostel event masih kecik lg.. mmg sedih.. tapi hasilnye skrg dia boleh uruskan diri dia sendiri.. cthnye: gosok baju, lipat baju, mandi sendiri dll.. dlm erti kata lain BERDIKARI... kesedaran itu yg penting sebenarnye... sama2 la kita fikir bersama..

Cikgu Livi said...

i rasa kurang sesuai nama pemulihan ni... mcm kalau pemahaman org luar terutamanya para doktor n nurse2... dorang ingatkan pemulihan ni murid yg dulunya pandai 3M tapi disebabkan masalah tertentu murid tu dah x pandai 3M... so perlu dipulihkan...

hmm dah nama pun Pulih... jadi rasa2nya apa nama yg sesuai supaya bila org baca saja mmg boleh faham? .. hehehe....
mungkin boleh buat Kelas Wawasan 3M... heheh

Cikgu Livi said...

so nama jawatan kita ni Guru Khas 3M .. heheh

Cikgu Ili said...

Cikgu Aznee,
Setiap manusia ada potensi tersendiri..kita sebagai guru kene usaha supaya kanak- kanak tu dapat teroka potensi masing- masing..

Ivy,
Nama Cikgu Pemulihan Khas sebenarnya agak lain macam kan?Betul..kalau Guru Khas 3M sedap didengar ;)